Tuesday, February 15, 2011

MARI SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD s.a.w. صلى الله عليه وسلم

 
 
 
 
 
 
 
اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد
بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAصلى الله عليه وسلم MENGIKUT PARA ULAMA
 
  1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
  2. Ditulis sepuluh kebajikan.
  3. Dihapuskan sepuluh kesalahan.
  4. Diangkat sepuluh darjat.
  5. Memperolehi kesempurnaan iman.
  6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
  7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
  8. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
  9. Memperoleh syafaat Nabi s.a.w. صلى الله عليه وسلم
  10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. صلى الله عليه وسلم
  11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
  12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  14. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
  15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
  16. Terhindar dari kefakiran.
  17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w. صلى الله عليه وسلم
  18. Memperolehi keberkatan dalam hidup.
  19. Terhindar dari orang-orang bakhil.
  20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
  21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
  22. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
  24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
  25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
  26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  27. Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.صلى الله عليه وسلم
  28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
  30. Terkabul segala hajat dan cita-cita.
 Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"
 
Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu
Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH
 
Rujukan /Credit for :
 & 

Jangan Malu Nak Klik OK