Monday, October 17, 2011

SKRIP ASAL KL GANGSTER

Skrip-skrip dibawah tidak dapat digunakan kerana ditapis oleh Finas utk mengelakkan pawagam huru-hara :



P/S : Credit to gilerkentang

Thursday, October 13, 2011

Beringat Ketika Melawat Jenazah

Salam, bila leenmiut terbaca artikal dari satu email ini, terus leenmiut akan berhati2 dan beringat adab-adab ketika dan selepas menziarahi sesuatu kematian.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. 

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah… katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

P/S : Tak dapat bayangkan kalau perkara ini berlaku dekat baby boy leenmiut Amsyar Dailami.Moga kita semua dijauhkan perkara-perkara yang tak baik. Insyaallah

Wednesday, March 16, 2011

Saman Ekor Tidak Sah Dari Segi Undang-Undang

Sekarang Leenmiut dah faham... jadi korang2 semua faham ke???
Fahami betul-betul clip video ini. Ramai yang tidak tahu prosedur sebenar dari segi undang-undang.




Tuesday, February 15, 2011

MARI SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD s.a.w. صلى الله عليه وسلم

 
 
 
 
 
 
 
اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد
بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAصلى الله عليه وسلم MENGIKUT PARA ULAMA
 
  1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
  2. Ditulis sepuluh kebajikan.
  3. Dihapuskan sepuluh kesalahan.
  4. Diangkat sepuluh darjat.
  5. Memperolehi kesempurnaan iman.
  6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
  7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
  8. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
  9. Memperoleh syafaat Nabi s.a.w. صلى الله عليه وسلم
  10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. صلى الله عليه وسلم
  11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
  12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  14. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
  15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
  16. Terhindar dari kefakiran.
  17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w. صلى الله عليه وسلم
  18. Memperolehi keberkatan dalam hidup.
  19. Terhindar dari orang-orang bakhil.
  20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
  21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
  22. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
  24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
  25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
  26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  27. Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.صلى الله عليه وسلم
  28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
  30. Terkabul segala hajat dan cita-cita.
 Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"
 
Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu
Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH
 
Rujukan /Credit for :
 & 

Monday, January 31, 2011

tips KURUS


Dolu-dolu kala, leenmiut gemuk tau masa sekolah selepas leenmiut stop bersukan, dah lah gemuk dan gelap. tapi gemuk2 pun ada orang nak tau(hehehe)....setiap kali leenmiut balik bercuti, mesti leenmiut kena kutuk dengan abah leenmiut, abah cakap macam badak lah, macam sarung nangka lah, eeeee...geram tau...asyik kena kutuk je leenmiut nekad nak kuruskan badan....
Leenmiut diet dangan cara hentikan makanan favourite iaitu susu coklat dan coklat. Time bulan puasa leenmiut mkn sayur je, kalau lapar sgt leenmiut jamah lah sedikit nasi...Time sambung diploma leenmiut amalkan dengan makan tosei dan meehoon jer...nasi mmg leenmiut x sentuh langsung tau...alhamdulilah hasilnya memang terbaik woooo...INGAT.. diet x bermaksud x perlu makan OK!


selepas megamalkan DIET
time gemuk


  

 Kat sini ada tips utk KURUS :





1. Jangan MANDI  selepas makan 
(dapat melemahkan proses penghadaman dalam perut)

2. Jangan TIDUR selepas makan
(menjejaskan proses penghadaman dan dikhuatiri mendapat gastrik)

3. Jangan MEROKOK selepas makan
(meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit barah)

4. Jangan MINUM AIS selepas makan
(dikhuatiri menggangu pelancaran penghadaman)

5. Jangan terlalu banyak BERJALAN selepas makan
(proses penghadaman akan terganggu dan meyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan)
    • Kita juga kenalah kawal emosi selera makan. Makan biarlah ala kadar, berhenti sebelum kenyang
    • Mesti ramai yang x tahu kan, bagi seorang PEREMPUAN ada satu masa yang tepat untuk membuang lemak iaitu :
    Berlari
    2 minggu sebelum datangnya haid memungkinkan berat badan akan lebih cepat turun, Ini kerana hormon meningkat ketika ini dan memerlukan tenaga dan proses diambil dari lemak.

    WARNA, COLOR !!!!!

    Bosan x kalau hari-hari kita mengadap warna yang sama. Warna juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian yang dapat mendorong mood dan membuatkan seseorang kembali fokus.

    Leenmiut suka gunakan warna-warna yang ceria seperti merah, purple, coklat dan hijau kerana dapat membangkitkan mood dan emosi yang agak ceria. Kalau leenmiut guna warna yang kurang menyerlah, mood leenmiut juga akan kurang menyerlah dan x de rasa untuk bekerja.

    TERAPI Warna (sumber dari RAPI)
        1. Warna dapat memberi aura untuk seseorang bergerak aktif.
        2. Kekuatan warna juga dapat memberi tenaga kepada tubuh.
        3. Jika datang bulan, elakkan memakai warna merah
        4. Hitam dan Biru Kedam , jangan digunakan ketika bersedih atau baru putus cinta.
        5. Warna juga dapat diterapkan kepada kanak-kanak especially sindrom down, autisme, kanak-kanak dengan kecerdasan dibawah normal dan disleksia.
    • MERAH : Mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti dan kemampuan berfikir.
    • JINGGA : Melancarkan alliran darah dan metabolisme dan dapat berhubung dengan kegembiraan dan keceriaan.
    • KUNING : Mempengaruhi intelektual dan kemampuan membuat keputusan dan dapat mengawal konsentrasi haid.
    • BIRU : Menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan masalah buah pinggang, asma dan migrain.
    • UNGU : Meningkatkan kepercayaan diri dan mengurang rasa tidak berdaya.
    • HIJAU : Penyembuh kerana ia dapat menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.
    • HITAM : Mengurangkan berat badan dan ia mampu mengekang selera makan jika kita alas meja warna hitam.

    Jangan Malu Nak Klik OK