Monday, January 31, 2011

tips KURUS


Dolu-dolu kala, leenmiut gemuk tau masa sekolah selepas leenmiut stop bersukan, dah lah gemuk dan gelap. tapi gemuk2 pun ada orang nak tau(hehehe)....setiap kali leenmiut balik bercuti, mesti leenmiut kena kutuk dengan abah leenmiut, abah cakap macam badak lah, macam sarung nangka lah, eeeee...geram tau...asyik kena kutuk je leenmiut nekad nak kuruskan badan....
Leenmiut diet dangan cara hentikan makanan favourite iaitu susu coklat dan coklat. Time bulan puasa leenmiut mkn sayur je, kalau lapar sgt leenmiut jamah lah sedikit nasi...Time sambung diploma leenmiut amalkan dengan makan tosei dan meehoon jer...nasi mmg leenmiut x sentuh langsung tau...alhamdulilah hasilnya memang terbaik woooo...INGAT.. diet x bermaksud x perlu makan OK!


selepas megamalkan DIET
time gemuk


  

 Kat sini ada tips utk KURUS :





1. Jangan MANDI  selepas makan 
(dapat melemahkan proses penghadaman dalam perut)

2. Jangan TIDUR selepas makan
(menjejaskan proses penghadaman dan dikhuatiri mendapat gastrik)

3. Jangan MEROKOK selepas makan
(meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit barah)

4. Jangan MINUM AIS selepas makan
(dikhuatiri menggangu pelancaran penghadaman)

5. Jangan terlalu banyak BERJALAN selepas makan
(proses penghadaman akan terganggu dan meyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan)
    • Kita juga kenalah kawal emosi selera makan. Makan biarlah ala kadar, berhenti sebelum kenyang
    • Mesti ramai yang x tahu kan, bagi seorang PEREMPUAN ada satu masa yang tepat untuk membuang lemak iaitu :
    Berlari
    2 minggu sebelum datangnya haid memungkinkan berat badan akan lebih cepat turun, Ini kerana hormon meningkat ketika ini dan memerlukan tenaga dan proses diambil dari lemak.

    WARNA, COLOR !!!!!

    Bosan x kalau hari-hari kita mengadap warna yang sama. Warna juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian yang dapat mendorong mood dan membuatkan seseorang kembali fokus.

    Leenmiut suka gunakan warna-warna yang ceria seperti merah, purple, coklat dan hijau kerana dapat membangkitkan mood dan emosi yang agak ceria. Kalau leenmiut guna warna yang kurang menyerlah, mood leenmiut juga akan kurang menyerlah dan x de rasa untuk bekerja.

    TERAPI Warna (sumber dari RAPI)
        1. Warna dapat memberi aura untuk seseorang bergerak aktif.
        2. Kekuatan warna juga dapat memberi tenaga kepada tubuh.
        3. Jika datang bulan, elakkan memakai warna merah
        4. Hitam dan Biru Kedam , jangan digunakan ketika bersedih atau baru putus cinta.
        5. Warna juga dapat diterapkan kepada kanak-kanak especially sindrom down, autisme, kanak-kanak dengan kecerdasan dibawah normal dan disleksia.
    • MERAH : Mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti dan kemampuan berfikir.
    • JINGGA : Melancarkan alliran darah dan metabolisme dan dapat berhubung dengan kegembiraan dan keceriaan.
    • KUNING : Mempengaruhi intelektual dan kemampuan membuat keputusan dan dapat mengawal konsentrasi haid.
    • BIRU : Menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan masalah buah pinggang, asma dan migrain.
    • UNGU : Meningkatkan kepercayaan diri dan mengurang rasa tidak berdaya.
    • HIJAU : Penyembuh kerana ia dapat menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.
    • HITAM : Mengurangkan berat badan dan ia mampu mengekang selera makan jika kita alas meja warna hitam.

    Jangan Malu Nak Klik OK